Covid-19: Tiga lagi kes baharu di Sabah

Sabah merekodkan tiga kes baharu positif koronavirus (Covid-19) semalam, iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang. Foto fail Bernama.
Sabah merekodkan tiga kes baharu positif koronavirus (Covid-19) semalam, iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang. Foto fail Bernama.
A
A
A

KOTA KINABALU - Sabah merekodkan tiga kes baharu positif koronavirus (Covid-19) semalam, iaitu masing-masing satu kes di Lahad Datu, Papar dan Penampang.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, kes terbaharu itu menjadikan jumlah sebanyak 392 kes Covid-19 di negeri ini.

"Kes ke-390 merupakan seorang kanak-kanak lelaki tempatan dari Papar dan merupakan seorang pesakit yang memerlukan rawatan susulan berpanjangan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak sebelum disahkan positif Covid-19 selepas saringan pesakit berisiko tinggi.

"Kes ke-391 merupakan wanita tempatan dari Lahad Datu yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Lahad Datu kerana mengalami demam sebelum disahkan positif Covid-19 semasa saringan ke wad," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Christina berkata kes ke-392 pula merupakan seorang lelaki tempatan dari Penampang dikesan positif Covid-19 semasa saringan pengembara dari luar negara dan kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Kes ke-390 dan 391 dikategorikan sebagai jangkitan tempatan manakala kes ke-392 kes import A.

Sementara itu, Dr Christina berkata, penyakit hepatitis B masih merupakan masalah kesihatan awam di Sabah apabila bilangan kes setiap tahun yang dikesan hampir sama dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.

Beliau berkata, pada 2017, jumlah kes hepatitis B ialah sebanyak 1,332; 2018 (1,281); 2019 (1,303) dan setakat 25 Julai tahun ini sebanyak 551 kes dikesan. - Bernama

Artikel Berkaitan: