X

Kindly register in order to view this article
!

Mustafi terlepas aksi Piala FA Inggeris

Shkodran Mustafi
Shkodran Mustafi
A
A

PERTAHANAN Arsenal, Shkodran Mustafi terlepas peluang beraksi di pentas final Piala FA Inggeris berdepan Chelsea 1 Ogos ini berikutan masalah kecederaan hamstring yang dialaminya.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berkata, biarpun telah menjalani pembedahan kecil baru-baru ini, Mustafi disahkan tidak boleh beraksi pada final di Wembley kelak.

Malah menurut Arteta, laporan perubatan juga mengatakan bintang Jerman itu tidak boleh beraksi sekurang-kurangnya sehingga Oktober depan demi memastikannya benar-benar pulih daripada kecederaan berkenaan.

"Dia (Mustafi) masih cedera dan tidak dapat beraksi dalam final Piala FA 2020/21 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Wembely.

"Selain itu, dia juga akan terlepas permulaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 yang dijadualkan berlangsung pada 12 September," kelak.

Untuk rekod setakat ini, saingan musim baharu bagi EPL agak membataskan kegiatan pemain selain peracangan baharu daripada jurulatih berikutan pandemik Covid-19.

Sementara itu, Arteta mengesahkan untuk membawa masuk pemain-pemain baharu pada musim perpindahan pemain, dalam usaha memperkuatkan pasukan dan menampung ketiadaan Mustafi.

Katanya dua lagi pertahanan skuad The Gunners itu, Pablo Mari and Calum Chambers turut mengalami masalah kecederaan yang agak serius.

"Mari tidak boleh beraksi sehingga Oktober untuk memastikannya benar-benar sembuh daripada kecederaan.

"Manakala Chambers pula masih perlu menunggu lebih lama sebelum dibenarkan beraksi ekoran mengalami kecederaan ligamen sejak awal musim," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!