Ditahan sogok polis selepas bawa rokok seludup

Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas melarikan diri dengan keretanya kerana membawa rokok seludup di Taman Daya, Johor Bahru semalam.
Seorang lelaki ditahan pihak polis selepas melarikan diri dengan keretanya kerana membawa rokok seludup di Taman Daya, Johor Bahru semalam.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMASKINI] Seorang lelaki tempatan ditahan selepas cuba memberikan sogokan kepada anggota polis bagi melepaskannya kerana memiliki rokok seludup dalam keretanya di Taman Daya di sini semalam.

Dalam kejadian pada jam 8.40 pagi, suspek, 29, yang memandu kereta Honda Civic FB putih pada mulanya dilihat dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, beberapa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mendekatinya lalu menunjukkan kad kuasa polis.

"Suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan memecut laju namun selepas dikejar berjaya ditahan tidak jauh dari taman berkenaan.

"Pemeriksaan menemui 365 karton rokok tidak bercukai kastam di bahagian belakang tempat duduk dan dalam bonet kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara rokok seludup dalam kereta suspek di Taman Daya, Johor Bahru semalam.
Antara rokok seludup dalam kereta suspek di Taman Daya, Johor Bahru semalam.

Katanya, suspek kemudian menghulurkan wang tunai RM1,000 untuk merasuah anggota polis tersebut sebagai imbuhan supaya melepaskannya.

Namun katanya, suspek ditahan termasuk kereta tersebut untuk dijadikan barang kes dan rampasan rokok itu bernilai kira-kira RM30,000.

Artikel Berkaitan:

Mohd Padzli berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

"Selepas siasatan pihak polis selesai, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula akan melakukan siasatan ke atas suspek di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM," katanya.

Beliau mengucapkan tahniah kepada anggota URB dari IPD Johor Bahru Selatan itu kerana menjalankan tugas dengan penuh integriti.