Pameran solo Ali Nurazmal Yusoff

No Image Caption
A
A
A

Seorang pengunjung Balai Seni Visual Negara sedang menghayati karya Ali Nurazmal Yusoff bertajuk ‘Imitation Master- Mak Cik Bawang’s Gossip Corner’ baru-baru ini.

Menurut Ali Nurazmal, karya itu merupakan antara tiga lukisan yang dihasilkan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang menggambarkan betapa masyarakat Malaysia merindui suasana lepak di luar sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lukisan figuratif beliau yang menggunakan watak dalam karya asal Caravaggio 'The Fortune Teller' itu adalah antara 37 karya beliau yang dipamerkan pada Pameran Solonya 'Project A: Last Man Standing' di Galeri REKA, BSVN yang bermula 7 hingga 30 Julai 2020. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan