Kes conteng mural selesai dalam masa terdekat

Mazlan (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian IPD Sentul, Kuala Lumpur hari ini.
Mazlan (dua dari kiri) pada Majlis Perasmian IPD Sentul, Kuala Lumpur hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis percaya akan menyelesaikan kes conteng mural pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam dalam masa terdekat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya sudah mendapat beberapa petunjuk yang mendorong kepada bukti dalam siasatan kes.

"Kes itu sedang diperincikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan saya tak akan dedahkan buat masa ini.

"InsyaALLAH kes ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Berilah kami (polis) sedikit masa lagi oleh kerana banyak perkara yang kita perlu selaraskan dalam siasatan ini," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sangka wanita conteng mural

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan berapa jumlah keterangan yang telah direkod oleh pihaknya.

Katanya, ini kerana perkara itu terlalu teknikal kerana proses merekod keterangan akan bertambah saban hari dalam siasatan berkenaan.

"Kita juga tidak boleh beritahu seperti dakwaan yang ada di media sosial. Kita akan siasat lebih lanjut dan sekiranya ada pendakwaan kita akan maklumkan nanti," katanya.

20 Julai lalu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial yang memaparkan dua kelibat wanita dipercayai dalang yang merosakkan mural berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Susulan vandalisme itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memadam semua mural dengan mengecat semula dinding itu.