X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 28 Mei 2022

1.54 juta pekerja asing pegang PLKS

Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan lebih 1.54 juta pekerja asing di negara ini memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) setakat ini. Foto fail Bernama.
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) merekodkan lebih 1.54 juta pekerja asing di negara ini memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) setakat ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, daripada jumlah itu, 2,766 pemegang PLKS ditahan kerana permit telah tamat tempoh.

"Kementerian melalui semua agensi sentiasa mengadakan operasi bersama melalui sumber maklumat dan risikan.

"Sehingga kini, pemegang PLKS di negara kita ialah seramai 1,545,101 dengan 2,766 ditahan berikutan tamat tempoh permit," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan jumlah pekerja asing yang sah dalam negara tetapi masih bekerja di dalam negera setelah permit mereka tamat tempoh.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kebenaran melanjutkan tempoh PLKS itu tertakluk kepada saringan kesihatan Agensi Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) dan prosedur sedia ada di bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Dalam perkembangan sama, Ismail memaklumkan terdapat seramai 15,531 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditempatkan di depoh tahanan JIM.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 786 orang disahkan positif koronavirus (Covid-19).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!