Sila log masuk terlebih dahulu.

Kerajaan belum muktamad tarikh baharu PSP

Rosol Wahid
Rosol Wahid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) belum memuktamadkan lagi tarikh baharu pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP).

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, ini kerana harga petrol RON95 masih berada di bawah paras harga ditetapkan menerusi program subsidi tersebut.

"Tarikh baru subsidi petrol belum dimuktamadkan sebab harga (petrol RON95) masih berada di bawah paras.

"Minggu ini harga RON95 RM1.68 sen dan minggu lepas RM1.72 sen seliter," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Shaharizukirnain Abd Kadir (Pas-Setiu) yang meminta kementerian itu

menyatakan tarikh baharu pelaksanaan PSP setelah ia ditangguhkan oleh Kabinet.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain yang bertanyakan sama ada kerajaan mempunyai perancangan baharu, Rosol berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak melaksanakan PSP itu.

"Pada 9 Julai 2020 pihak KPDNHEP dan Kementerian Kewangan telah mengadakan mesyuarat berkenaan hala tuju program subsidi petrol ini dan memutuskan KPDNHEP dan Kementerian Kewangan bersetuju tidak melaksanakan PSP dan akan membawa perkara itu dalam perbincangan Kabinet untuk memuktamadkan pendirian kerajaan tidak melaksanakan program tersebut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menjelaskan faktor PSP itu dilaksanakan, beliau berkata, ini kerana untuk mengelak salah faham di kalangan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan kerana program itu hanya melibatkan penduduk di Semenanjung.