100,000 kenderaan perantau dijangka pulang Kelantan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan sejumlah 100,000 kenderaan perantau dari seluruh negeri pulang ke Kelantan dalam tempoh empat hari bermula semalam sehingga sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha Jumaat ini. Gambar hiasan.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan sejumlah 100,000 kenderaan perantau dari seluruh negeri pulang ke Kelantan dalam tempoh empat hari bermula semalam sehingga sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha Jumaat ini. Gambar hiasan.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan sejumlah 100,000 kenderaan perantau dari seluruh negeri pulang ke Kelantan dalam tempoh empat hari bermula semalam sehingga sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha Jumaat ini.

Pengarah JPJ negeri, Hanif Yusabra Yusuf berkata, jumlah itu menyumbang peningkatan 50 peratus kenderaan di jalan-jalan raya di negeri ini berbanding hari-hari biasa pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Pastikan semua kenderaan dalam keadaan baik kerana dijangkakan 100,000 masuk ke Kelantan sejak semalam sehingga hari raya dan keadaan itu juga boleh meningkatkan risiko kemalangan.

“JPJ juga melaksanakan operasi Ops Patuh sempena Aidiladha bermula semalam sehingga Isnin depan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran lalu lintas,” katanya kepada pemberita selepas Ops Penguatkuasaan Khas JPJ Kelantan sempena Aidiladha di Lembah Sireh di sini hari ini.

Beliau berkata, operasi menyasarkan pematuhan undang-undang jalan raya bagi mengurangkan jumlah kemalangan ketika tempoh perayaan.

“Sekatan jalan raya tidak dilakukan supaya trafik lancar tetapi pemeriksaan tetap akan dijalankan dengan menggunakan kaedah pemantauan dan pemerhatian.

“Sebanyak 17 lokasi panas dikenalpasti dan ditempatkan anggota untuk memastikan pengguna patuh pada undang-undang jalan raya,” katanya.

Tambah beliau, operasi memfokus kepada kesalahan utama iaitu menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang dan melanggar lampu isyarat.

Artikel Berkaitan:

“Setakat ini, sebanyak 121 notis dengan nilai kompaun RM27,340 sudah dikenakan kepada pengguna yang melanggar undang-undang.

“Saya ingat menasihatkan kepada pengguna jalan raya supaya memastikan keadaan kesihatan yang baik dan cergas serta kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan,” katanya.