Mayat lelaki jatuh Jambatan Sungai Bernam ditemui

Keratan portal Sinar Harian
Keratan portal Sinar Harian
A
A
A

SABAK BERNAM - Mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh dari jambatan di Sungai Bernam ditemui kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa terjatuh, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam, Mohd Saufi Zakaria berkata, seramai 14 anggota digerakkan ke lokasi kejadian dan menemui mayat lelaki itu pada jam 3.55 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat pasukan bomba dilakukan menggunakan dua buah bot dengan menyusuri Sungai Bernam dari Tanjong Ketum hingga Sungai Keli.

"Mayat mangsa ditemui sepasukan bomba di tebing Sungai Bernam sebelum Jeti Kampung Kota, Hutan Melintang," katanya.

Mohd Saufi berkata, seorang waris mangsa telah membuat pengecaman di lokasi kejadian.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis pada jam 7.30 petang semalam untuk tindakan lanjut dan operasi sepenuhnya tamat pada jam 8.05 minit malam tadi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila terjatuh dari jambatan di Sungai Bernam, kelmarin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 10.47 malam.

Artikel Berkaitan: