BigPay tambah China dalam senarai kiriman wang

Data Bank Dunia menunjukkan bahawa RM1.5 bilion dikirim dari Malaysia ke China pada setiap tahun.
Data Bank Dunia menunjukkan bahawa RM1.5 bilion dikirim dari Malaysia ke China pada setiap tahun.
A
A
A

BIGPAY telah menambah China ke dalam senarai destinasi perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya melalui AliPay.

Syarikat itu menjelaskan, inisiatif berkenaan bertujuan menawarkan perkhidmatan kiriman wang ke luar negara yang murah, telus dan mudah diakses.

Menurutnya, pembukaan koridor baharu itu penting sebagai usaha berterusan pihaknya membenarkan pergerakan wang merentas seluruh rantau.

“Data Bank Dunia menunjukkan bahawa AS$345 juta (RM1.5 bilion) dikirim dari Malaysia ke China pada setiap tahun.

“Dengan akses kepada pengguna Alipay di China, pengguna BigPay kini boleh memindahkan dana kepada tambahan 900 juta orang,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Kenyataan itu menjelaskan, walaupun sekatan perjalanan telah diringankan, namun keperluan terhadap pemindahan wang yang lancar kekal penting bagi menyokong usaha pemulihan ekonomi di rantau ini susulan penularan koronavirus (Covid-19).

BigPay melancarkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsanya pada September 2019 tanpa sebarang caj tambahan atau tersembunyi.

Pengguna boleh mengirim wang terus dari Malaysia ke akaun bank di Australia, India, Indonesia, Nepal, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam dan terbaru China.

Artikel Berkaitan:

Pengguna boleh mendepositkan dana ke dalam BigPay menerusi kad bank atau pemindahan bank.