Fernandes mula buru trofi Liga Europa

Bruno Fernandes -Foto AFP
Bruno Fernandes -Foto AFP
A
A
A

TONGGAK berpengaruh Portugal, Bruno Fernandes kini menyasarkan kejuaraan Liga Europa selepas membantu Manchester United kembali ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Sekarang tumpuan kami adalah pada Liga Europa kerana ia merupakan salah satu trofi utama di peringkat Eropah. Saya datang ke Manchester untuk memenangi piala.

“Kami perlu bermain setiap perlawanan untuk menang. Sekiranya kami bersaing dalam Liga Europa dan memenangi setiap perlawanan, saya percaya kami mampu memenangi trofi Liga Europa musim ini,” katanya.

Sejak menyertai United daripada Sporting Lisbon pada Januari lalu, Fernandes telah merekodkan 10 gol, sekali gus dianggap sebagai inspirasi kebangkitan United yang mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga ketiga musim ini.

“Sudah semestinya beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara cukup istimewa. Kami layak berada dalam pertandingan terbaik Eropah. Tiada siapa yang mengatakan Liga Europa tidak bagus, tetapi semua orang tahu bahawa pertandingan terbaik ialah Liga Juara-Juara,” jelasnya.

Kemenangan 5-0 United ke atas LASK dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik di gelanggang lawan pada 13 Mac lalu bermakna The Red Devils kini tampil sebagai pasukan pilihan untuk melangkah ke peringkat suku akhir Liga Europa.

Artikel Berkaitan: