Bersatu Bukit Bintang mahu kukuhkan parti

Rosman (dua dari kiri) bersama Hisham (kiri) dan Hadi (kanan) bergambar bersama selepas pemilihan jawatankuasa bahagian berkenaan di Kuala Lumpur Ahad lalu.
Rosman (dua dari kiri) bersama Hisham (kiri) dan Hadi (kanan) bergambar bersama selepas pemilihan jawatankuasa bahagian berkenaan di Kuala Lumpur Ahad lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Walaupun suhu politik negara agak panas ketika ini, namun Bersatu Bahagian Bukit Bintang berjaya melangsungkan persidangan bahagian tersebut dalam suasana harmoni Ahad lalu.

Dalam pemilihan jawatankuasa bagi Bersatu Bahagian Bukit Bintang, jawatan ketua bahagian berjaya dimenangi oleh Rosman Mohd Nordin menerusi pertembungan tiga penjuru.

Sementara, jawatan timbalan ketua bahagian pula dimenangi oleh Hisham Ghazali manakala Naib Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Hadi Mohamed Ali.

Selain itu, jawatan Ketua Srikandi Bersatu dimenangi oleh Nurul Asyqin Asraruddin manakala Ketua Armada pula diraih oleh Mohd Norhisham Abd Kari.

Dalam pada itu, Hadi ketika diminta mengulas mengenai pemilihan jawatankuasa itu berkata, perwakilan Bersatu Bahagian Bukit Bintang berjaya menunjukkan kematangan parti berkenaan apabila persidangan tersebut berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.

"Saya berharap semua pimpinan parti yang telah berikrar menzahirkan sokongan kepada Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus memperkukuhkan persefahaman serta kerjasama demi kestabilan politik dan kemakmuran negara," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, pihaknya juga berharap kepimpinan jawatankuasa baharu itu dapat memartabatkan perjuangan parti demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

"Saya percaya bahawa keputusan yang dilakarkan dengan pemilihan Rosman selaku ketua bahagian adalah amat bertepatan dan penting demi menjamin kelangsungan arus perjuangan di peringkat bahagian," katanya.

Artikel Berkaitan: