X

Kindly register in order to view this article
!

PN Perak beri laluan calon UMNO bertanding PRK Dun Slim

Ahmad Faizal (duduk, tengah) berbual dengan Jamaludin Mohd Nor, 67, (dua dari kanan) penerima Hak Milik dan Notis 5A bagi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Rancangan Pertanian Berkelompok (RPB) Daerah Kampar pada majlis penyampaian di Pejabat Daerah Kampar hari ini. - Foto Bernama
A
A

KAMPAR - Perikatan Nasional (PN) negeri Perak sepakat memberi laluan kepada calon daripada UMNO untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang akan diadakan pada 29 Ogos depan.

Keputusan itu dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Alhamdulillah, semua parti dalam PN bersepakat untuk hanya menghantar satu wakil, tidak akan ada pertembungan kerana kita bersepakat hendak bagi calon pada UMNO jadi kita akan bagi sokongan sepenuhnya,” katanya.

Ahmad Faizal berkata demikian selepas menyampaikan Notis 5A dan hak milik kepada 99 peserta Rancangan Perkampungan Tersusun dan 57 peserta Rancangan Pertanian Berkelompok di Daerah Kampar di Arena Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah Kampar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, Bersatu juga akan turun padang membantu calon PN berkempen dalam PRK itu.

"Gerak kerja kami dah mula berbincang sesama parti dalam kalangan Perikatan Nasional untuk bekerjasama bagi pastikan sokongan rakyat pada calon yang akan kami ketengahkan ini dapat sokongan sepenuhnya.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan 32 daripadanya dikuasai Perikatan Nasional, terdiri daripada 25 kerusi BN yang kesemuanya diwakili UMNO, Bersatu (empat) dan Pas (tiga) sementara DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu).

PRK DUN Slim akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas akibat serangan jantung. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!