Mbappe terlepas pentas suku akhir Liga Juara-Juara

Mbappe terpaksa mengunakan crutches selepas mengalami kecederaan pada aksi final Piala Perancis menentang Saint Etienne di Stade de France di Saint-Denis.
Mbappe terpaksa mengunakan crutches selepas mengalami kecederaan pada aksi final Piala Perancis menentang Saint Etienne di Stade de France di Saint-Denis.
A
A
A

BINTANG Paris St Germain (PSG), Kylian Mbappe dijangka terlepas suku akhir Liga Juara-Juara berdepan Atalanta di Lisbon pada 12 Ogos depan selepas mengalami kecederaan pada aksi final Piala Perancis menentang Saint-Etienne, Sabtu lalu.

Menurut kelab berkenaan, kecederaan pergelangan kaki dialami pemain berusia 21 tahun itu berkemungkinan menyebabkannya terpaksa berehat selama tiga minggu.

"Hasil imbasan imej semalam mengesahkan ujian sebelum ini bahawa Mbappe terseliuh pergelangan kaki kanan selain kecederaan ligamen.

"Ini menyebabkan berkemungkinan besar Mbappe terpaksa direhatkan selama tiga minggu bagi memastikannya kembali pulih sepenuhnya," kata kenyataan kelab berkenaan.

Pemain muda Perancis itu berkemungkinan kembali menggalas cabaran Les Parisiens sekiranya gergasi juara Ligue 1 berkenaan mara separuh akhir pada 18 Ogos depan.

Mbappe sebelum ini mengalami kecederaan selepas diterjah kapten Saint-Etienne, Loic Perrin pada babak pertama dalam perlawanan di Stade de France

yang menyaksikan kemenangan 1-0 skuad kendalian Thomas Tuchel itu.

Saingan seterusnya peringkat lapan terbaik Liga Juara-Juara akan menggunakan format kalah mati berikutan pandemik Covid-19 dengan aksi final dilangsungkan pada 23 Ogos depan.

Artikel Berkaitan: