Najib kecewa keputusan mahkamah

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan keputusan mahkamah berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan keputusan mahkamah berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kecewa dengan keputusan mahkamah berhubung tuduhan membabitkan RM42 juta milik SRC International Berhad.

Justeru, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan itu mahu pasukan pembelaannya untuk melakukan rayuan dengan secepat mungkin.

"Saya amat kecewa dengan kehakiman dalam kes SRC International Sdn Bhd kerana pihak kami, yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta barisan peguam yang lain memberi hujah yang boleh membawa kepada banyak keraguan dalam kes ini.

"Ia tidak diterima, namun demikian rayuan ke Mahkamah Rayuan akan dilakukan secepat mungkin dan saya berharap akan didengari dengan segara.

"Ini kerana saya ingin teruskan usaha untuk membersihkan nama saya dan saya akan teruskan perjuangan ini," ujarnya pada sidang akhbar selepas perbicaraan berakhir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai keputusan itu akan memberi impak kepada peluangnya pada pilihan raya umum akan datang, Najib berkata, ia tidak akan memberikan apa-apa kesan dan ia bergantung kepada interpretasi undang-undang.

"Ini bukanlah pengakhiran kerana kita dalam proses rayuan. Saya harap pengikut saya terus bersama saya dengan semangat yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Shafie berkata, walaupun kecewa dengan keputusan itu, namun ia tidak memberikan tekanan dan akan melakukan yang terbaik dalam proses rayuan.

Artikel Berkaitan:

"Saya beritahu hakim bahawa saya akan kemukakan rayuan dalam tempoh tiga bulan untuk peringkat permulaan, selepas itu rayuan kedua dalam tempoh empat bulan selepas itu," katanya.