Budak lemas terjatuh tali air

Mangsa dikatakan terjatuh ke tali air dan disahkan meninggal dunia selepas berjaya dibawa naik oleh orang awam petang tadi.
Mangsa dikatakan terjatuh ke tali air dan disahkan meninggal dunia selepas berjaya dibawa naik oleh orang awam petang tadi.
A
A
A

KEPALA BATAS- Seorang kanak-kanak berusia enam tahun meninggal dunia kerana lemas di tali air Jalan Permatang Sungai Dua, Kampung Pokok Simpor di sini petang tadi.

Muhammad Firash Darwisy Azlan dikatakan terjatuh ke dalam tali air itu pada jam 6.15 petang tadi.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas, Yusni Mansor berkata, mangsa berjaya dibawa naik oleh orang awam yang menyedari kejadian itu.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kepala Batas yang berada di lokasi kejadian.

"Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 6.20 petang dan terus bergegas ke lokasi.

"Ketika tiba di sana, mangsa sudah dibawa naik oleh orang awam namun disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi tadi.

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Artikel Berkaitan: