Covid-19: Kes positif, kematian terus meningkat di Indonesia

 Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 102,051 kes, dengan jumlah kematian keseluruhan kini 4,901 orang.
Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 102,051 kes, dengan jumlah kematian keseluruhan kini 4,901 orang.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat kepada 102,051 kes, dengan jumlah kematian keseluruhan kini 4,901 orang.

Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 46,648 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari tadi, sebanyak 63 lagi kematian dicatatkan, manakala kes positif baharu adalah sebanyak 1,748 kes.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 21,125 kes, diikuti Jakarta (19,995) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,630 orang, diikuti Jakarta (784), Jawa Tengah (582), Sulawesi Selatan (311) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: