Fujimori kembali meringkuk di penjara

Fujimori, 80, berada dalam keadaan sihat untuk dihantar kembali ke penjara.
Fujimori, 80, berada dalam keadaan sihat untuk dihantar kembali ke penjara.
A
A
A

LIMA - PERU. Bekas presiden Peru, Alberto Fujimori dihantar kembali ke penjara untuk menghabiskan baki 13 tahun daripada hukuman penjara 25 tahun yang dijatuhkan ke atasnya kerana kesalaha jenayah kemanusiaan dan rasuah.

Pasukan perubatan yang dilantik mahkamah mengesahkan, Fujimori, 80, berada dalam keadaan sihat untuk dihantar kembali ke penjara dan dibenarkan keluar dari hospital semalam setelah menjalani rawatan sejak Oktober tahun lalu.

Memimpin Peru dari tahun 1990-2000, Fujimori berkata, masalah kesihatan serius yang dihidapinya termasuk masalah jantung, seharusnya mengecualikan beliau daripada dipenjarakan, namun pengkritik mendakwa Fujimori hanya memperbesarkan perkara tersebut.

"Akhir kehidupan saya semakin hampir," kata bekas presiden berkenaan di laman Twitter bersama sekeping gambar yang menunjukkan dirinya dalam keadaan letih sebelum dihantar ke penjara oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, ketua penjara Peru berkata, Fujimori akan mendapat rawatan doktor pada siang hari dan juga penjagaan rapi sepanjang masa.

Fujimori dijatuhi hukuman penjara pada 2009 kerana mengarahkan pembunuhan orang awam ketika pemerintahannya dan turut didapati bersalah atas kesalahan rasuah.

Beliau menerima pengampunan bekas presiden Pedro Pablo Kuczynski pada 2017, namun pengampunan itu kemudian dibatalkan oleh mahkamah tinggi.

Ramai menganggap pengampunan tersebut adalah balasan politik selepas penyokong Fujimori dalam Kongres menyelamatkan Kuczynski daripada dipecat.- Reuters

Artikel Berkaitan: