3,000 pokok ketum dimusnahkan

Syahrul Nizam (kanan) dan Mohd Khairiel menunjukkan perangkap paku yang ditemui di kebun ketum di Felda Lui Selatan, Jempol.
Syahrul Nizam (kanan) dan Mohd Khairiel menunjukkan perangkap paku yang ditemui di kebun ketum di Felda Lui Selatan, Jempol.
A
A
A

JEMPOL - Sebanyak 3,000 pokok ketum yang ditanam di tanah kerajaan di Felda Lui Selatan di sini dimusnahkan pihak berkuasa dalam Ops Ketum semalam.

Pegawai Daerah Jempol, Syahrul Nizam Salleh berkata, tanah seluas 1.2 hektar di lokasi berkenaan dikesan dijadikan kawasan penanaman pokok ketum sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, bagi menakutkan pihak berkuasa, 15 perangkap diperbuat daripada paku turut dipasang di sekeliling kawasan tanaman.

"Ini merupakan operasi ketiga yang dilakukan yang mana tanah kerajaan di Felda Lui Selatan ini dijadikan lokasi utama kegiatan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kerja-kerja memusnahkan pokok ketum di Felda Lui Selatan, Jempol dilakukan pihak berkuasa.
Kerja-kerja memusnahkan pokok ketum di Felda Lui Selatan, Jempol dilakukan pihak berkuasa.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Mohd Khairiel Mohd Arif.

Syahrul Nizam berkata, siasatan awal mendapati kegiatan itu didalangi oleh seorang suspek dan pihaknya menyerahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, menceroboh tanah kerajaan merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 dan individu terbabit boleh berdepan tindakan undang-undang.

Artikel Berkaitan: