X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan ambil langkah stabilkan harga sawit, getah

Gambar hiasan. Foto:123RF
A
A

KUALA LUMPUR - Permintaan pengeluaran sektor agrikomoditi yang terjejas akibat pandemik koronavirus (Covid-19) turut menyebabkan kejatuhan harga komoditi sawit dan getah.

Sehubungan itu Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin berkata, kerajaan melaksanakan beberapa langkah terkini bagi menstabilkan harga komoditi tersebut.

Antaranya, memberikan pengecualian duti eksport minyak sawit mentah (CPO), minyak isirong sawit mentah (CPKO) dan minyak isirong sawit diproses (RBDPKO) sehingga 31 Disember tahun ini.

“Meningkatkan adunan biobahan api sawit dengan diesel petroleum melalui Program Biodiesel B20 yang dijangka membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit domestik kepada 1.06 juta tan berbanding B10 iaitu sebanyak 534,000 tan setahun.

“Kerajaan juga meningkatkan kerjasama dengan negara-negara pengeluar utama getah iaitu Thailand, Indonesia dan Malaysia di bawah kerangka Intermational Tripartte Rubber Counci (ITRC),” katanya di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) mengenai usaha kementerian dalam meningkatkan harga dan pasaran eksport minyak sawit.

Mengulas lanjut, Willie berkata, kerajaan juga meneroka pasaran baharu melalui aktiviti promosi dan pemadanan dengan pengilang tempatan serta pembeli dari luar negara.

Selain itu menurutnya, kerajaan menjalankan misi ekonomi dan teknikal bagi mengukuhkan hubungan dengan negara pengimport utama produk agrikomoditi Malaysia bagi mendapatkan akses pasaran yang lebih meluas.

Mengenai pertanyaan daripada Datuk Jalaluddin Alias (BN- Jelebu) mengenai penetapan harga lantai, beliau berkata, pihak kerajaan tidak ada perancangan untuk menetapkan harga lantai bagi komoditi sawit dan getah buat masa ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!