X

Kindly register in order to view this article
!

Wanita maut jatuh kondominium

A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita maut dipercayai terjatuh dari Kondominium Westside 3, Desa Park City, Kepong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmorgamorty berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan kira-kira jam 10.11 malam daripada seorang pengawal keselamatan kondominium berkenaan.

"Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat mangsa telah ditutup dengan kain putih di atas jalan di antara bangunan parkir dan kediaman.

"Pemeriksaan pada tubuh badan si mati mendapati mukanya cedera parah manakala kedua-dua tangan dan kakinya patah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, tiada sebarang pengenalan diri ditemui pada mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan sebagai warganegara Malaysia kerana terdapat tanda suntikan BCG di bahu kiri.

"Pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian memaklumkan, dia terdengar bunyi dentuman di luar bilik pengawal dan mendapati mangsa sudah jatuh di tempat kejadian," katanya.

Shanmorgamorty berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya dengan menghubungi pihak polis di Balai Polis Kepong, IPD Sentul Kuala Lumpur di talian 03-6274 2312 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!