Penyokong Najib kecewa keputusan mahkamah

Gambar dari kiri: Mat Over, Noriah
Gambar dari kiri: Mat Over, Noriah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suasana meriah penyokong najib bertukar suram apabila mengetahui keputusan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau dikenali sebagai Mat Over berkata, beliau kecewa dengan keputusan mahkamah terhadap pemimpin politik itu.

"Keputusan mahkamah adalah muktamad, kita seharusnya menerima keputusan itu," katanya ketika ditemui di luar pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Mat Over berkata, beliau menganggap banyak jasa Najib terhadap rakyat Malaysia.

"Jika kita hendak tahu individu itu baik, kita perlu tanya kepada rakannya, jika hendak tahu keburukannya pula... tanya lah pada musuhnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Bahagian Wangsa Maju, Noriah Ibrahim berkata, Najib juga menjaga kebajikan rakyat selama sembilan tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

"Beliau banyak membantu golongan susah termasuk warga Felda, namun apabila beliau 'jatuh', segelintir masyarakat menganggapnya 'zero'," katanya.

Dalam perkembangan sama, Wanita Umno Bahagian Sungai Besar, Asmah Sulaiman berkata, sumbangan Najib kepada negara tidak dapat dibandingkan dengan pemimpin politik lain.

Artikel Berkaitan:

"Kepimpinannya telah membawa negara ke arah kejayaan dan kegemilangan," katanya.