X

Kindly register in order to view this article
!

Arteta sah turunkan Martinez

Arteta
A
A

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengesahkan Emiliano Martinez bakal diturunkan pada aksi final Piala FA Inggeris di Wembley, Ahad ini berikutan penjaga gol utama, Bernd Leno masih belum pulih daripada kecederaan.

Menurut Arteta, berdasarkan kepada prestasi semasa, Martinez dilihat pilihan tepat bagi menggantikan Leno mengawal benteng terakhir Arsenal pada aksi final berkenaan.

Katanya, aksi Martinez ketika menyelamatkan tiga percubaan ketika menewaskan Watford bagi aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) baru-baru ini dilihat cukup meyakinkannya bagi menurunkan pemain berusia 39 tahun itu.

"Emi Martinez akan diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan bagi aksi final ini. Aksinya ketika menentang Watford menjadikan dia diperlukan pasukan bagi aksi final nanti.

"Emi telah menyelamatkan banyak percubaan lawan (Wafford). Oleh itu dengan kecederaan Leno, Martinez akan diberikan tanggungjawab mengawal benteng terakhir pasukan," katanya.

Untuk rekod, aksi menyakinkan daripada Martinez telah membantu menghasilkan kemenangan 3-2 Arsenal bagi aksi terakhir saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan berkenaan sekali gus menyaksikan skuad The Gunners itu menamatkan saingan musim ini pada tangga kelapan.

Sementara itu Arteta berkata, Leno akan tetap mengikuti kesebelasan Arsenal ke Wembley dan akan berada di bangku simpanan pemain pada perlawanan berkenaan.

Menurut Arteta biarpun Leno dilihat semakin beransur pulih, namun tidak ada keperluan untuk menggesanya untuk beraksi pada final berkenaan.

"Dia (Martinez) akan tetap menjadi pilihan untuk diturunkan pada saingan EPL musim baharu yang dijangka bermula pada 12 September kelak sekiranya Leno tidak sempat pulih daripada kecederaannya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!