Amanah pecat ADUN Sabak

AHMAD MUSTAIN
AHMAD MUSTAIN
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabak, Ahmad Mustain Othman hari ini dipecat daripada Amanah kerana didakwa melanggar disiplin sebagai ahli parti tersebut.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, keputusan tersebut dibuat hasil daripada perbincangan dalam Mesyuarat Lembaga Tatatertib Amanah yang diadakan semalam.

"Mesyuarat mengambil ketetapan untuk memecat ahli parti, saudara Ahmad Mustain Othman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabak dari Negeri Selangor.

"Keputusan ini dibuat apabila beliau (Ahmad Mustain) didapati melanggar disiplin sebagai ahli seperti ditetapkan Fasal 21.12 Perlembagaan Parti Amanah Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemecatan itu selaras dengan Fasal 21.8 Perlembagaan Parti Amanah Negara yang memberi kuasa kepada Lembaga Tatatertib untuk memecat mana-mana ahli yang didapati melanggar disiplin dan arahan parti.

Artikel Berkaitan: