X

Kindly register in order to view this article
!

United perlu tambah baik lima posisi

Lindelof (kiri) dan Maguire -Foto: Gettyimages
A
A

MANCHESTER United perlu menambah baik lima posisi pasukan menjelang sepak mula musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) sekiranya mahu menyaingi juara EPL 2019/20, Liverpool.

Lagenda United Gary Neville berkata, penambahbaikan berkenaan melibatkan kemasukan pemain baharu dan berwibawa bagi posisi sayap kanan, penyerang tengah, pertahanan kiri, penjaga gol dan pertahanan tengah.

Juteru menurutnya, pengendali skuad The Red Devils, Ole Gunnar Solksjaer perlu 'berbelanja' sedikit dalam usaha membawa masuk pemain berwibawa bagi mengisi kesemua posisi berkenaan.

"Dia (Solskjaer), perlu berbelanja tetapi diharap perbelanjaan berkenaan tidak dibuat dengan sesuka hati tetapi dibuat dengan cara yang betul mengikut keperluan pasukan.

"Ketika ini keperluan pasukan adalah untuk mengisi posisi sayap kanan, penyerang tengah, pertahanan kiri, penjaga gol dan juga pertahanan tengah.

"Secara tidak langsung, ia akan dapat mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain baharu dengan pemain sedia ada di semua posisi berkenaan," katanya.

Sementara itu ketika ditanya apakah keperluan bagi mengisi kesemua enam posisi berkenaan, Neville berkata sejak kebelakangan ini semua pasukan yang muncul juara pasti memiliki pemain pertahanan tengah yang dominan selain penjaga gol yang hebat.

Justeru katanya, sudah tiba masanya untuk skuad The Red Devils itu melakukan tindakan yang sama dengan membawa pemain-pemain berwibawa di posisi-posisi berkenaan.

"Alisson Becker, Virgil Van Dijk bagi Liverpool, Vincent Kompany and Ederson (Manchester City), John Terry (Chelsea), Jaap Stam, Steve Bruce (Manchester United) dan Sol Campbell serta Tony Adams bagi Arsenal adalah antara penjaga gol dan pemain pertahanan yang hebat.

"United kini turut memerlukan pemain-pemain sedemikian. Setakat ini Harry Maguire telah melalui musim yang baik, tetapi dia perlukan bantuan 'rakan' di benteng pertahanan. Namun, ia dilihat tidak adil bagi Victor Lindelof kerana di juga perlukan gandingan di benteng pertahanan.

"Apa pun bagi saya, biarpun kedua-dua pemain ini adalah pemain pertahanan yang baik tetapi United tetap memerlukan seorang lagi pemain pertahanan tengah bagi memperkuatkan pasukan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!