X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: Netizen risau wujud 'kluster Najib'

Netizen bimbang wujud 'kluster Najib' tular di laman sosial
A
A

KUALA LUMPUR - Ribuan penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membanjiri pekarangan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menggusarkan netizen kerana dilihat tiada penjarakan sosial sekali gus melanggar Prosedur Standard Operasi yang disarankan kerajaan dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menjengah di laman sosial, rata-rata netizen menyuarakan pendapat dan komen mereka berhubung perkara tersebut malah netizen bimbang wujud kluster baharu iaitu 'kluster Najib' setelah melihat tiada penjarakan sosial antara para penyokong mereka dan berasak-asak di hadapan mahkamah.

Kata @HL,"Awas!!!, kluster Najib" dan kenyataan itu juga disokong oleh @naimmm dengan melahirkan rasa kecewa terhadap sikap penyokong beliau yang tidak mematuhi SOP.

"Nak sokong boleh, patuh la SOP, geram!, elok semalam 10 kes, esok muncul kluster Najib". ciapnya.

Ujar @mileeyaz pula menyindir, "PKP akan kembali semula apabila kes mencecah tiga angka. Malaysia suka beri kejutan, dia tak bagi tiga angka tetapi terus meningkat kepada 4 angka tambahan dengan kluster Najib".

ARTIKEL BERKAITAN : Penyokong Najib gagal patuhi SOP Covid-19

Hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesemua pertuduhan yang dikenakan.

Selepas dua jam membaca keputusan penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, pihak pembelaan gagal mematahkan dakwaan dalam salah satu pertuduhan, tertuduh (Najib) gagal memberi jawapan berhubung pengeluaran wang daripada akaun bank.

Ribuan penyokongnya membanjiri pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi bersama-sama menantikan keputusan mahkamah itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!