X

Kindly register in order to view this article
!

Ikon Ipoh Pavithra kekal status quo: MBI

Rumaizi Baharin
A
A

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh masih mengekalkan pengiktirafan yang diberikan kepada YouTuber masakan popular, S Pavithra.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, walaupun individu tersebut sudah mengumumkan penolakan pengiktirafan yang diberikan itu, keputusan MBI kekal status quo.

Menurutnya, MBI setakat ini belum menerima sebarang surat rasmi daripada Pavithra berhubung keputusan menolak pengiktirafan tersebut.

"Setakat ini (pengiktirafan ikon Bandar Raya Ipoh) kekal status quo dan kita belum buat keputusan apa-apa.

"Kita pun tidak terima sebarang kenyataan rasmi daripada Pavithra. Jadi buat masa ini kita mengekalkan pengiktirafan itu," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pavithra sebelum ini yang mengambil keputusan menolak pengiktirafan MBI sebagai ikon Bandar raya Ipoh.

ARTIKEL BERKAITAN: - Mahu hidup biasa-biasa sahaja, Pavithra tolak jadi Ikon Bandaraya Ipoh

Sebelum Pavithra bersama suami, M Sugu yang menjadi fenomena di laman YouTube berkongsi kemahiran memasak menjadi individu pertama disenaraikan antara 100 ikon Bandar raya Ipoh.

Anak kelahiran Buntong berusia 28 tahun itu menerima pengiktirafan itu selepas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut.

Pada 24 Julai lalu, Sugu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam dan mencederakan Pavithra.

ARTIKEL BERKAITAN: Sugu mengaku tidak bersalah sengaja cederakan Pavithra


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!