X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga didenda RM5,500 memandu dalam keadaan mabuk

Gambar hiasan
A
A

PORT DICKSON - Seorang peniaga dijatuhi hukuman denda RM5,5000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 3.2 Jalan Pantai pada 25 Julai lalu.

Majistret, Siti Huzaifah Abd Talib, menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, A Devarajan, 34, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Siti Huzaifah turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan jika gagal membayar denda bagaimanapun tertuduh melunaskan bayaran denda itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zainul Hashimi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan seorang lelaki ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!