Pas tidak pernah berhenti perjuang RUU355

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU - Pas menegaskan parti itu tidak pernah berhenti memperjuangkan pelaksanaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU 355 seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, cuma buat masa ini parti itu memutuskan untuk memberikan keutamaan kepada usaha membendung koronavirus (Covid-19) dan pemulihan ekonomi kesan wabak itu.

"Kita tidak pernah lari dari matlamat asal dan pembentangan RUU355 itu sudah dilakukan sebelum ini di Parlimen. Ketika ini adalah masa untuk proses seterusnya iaitu dibentangkan sekali lagi di Parlimen dan kemudian dibahaskan.

"Masanya akan sampai jadi kita pakat-pakat tunggu lah. Keutamaan kita hari ini ialah untuk lawan Covid-19 dan pulih ekonomi," katanya selepas menjawab pertanyaan berkaitan pelaksanaan RUU 355 yang merupakan salah satu agenda Pas sebelum menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan hadir ke Program Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kelantan di Dataran Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Mohd Amar menambah, proses tersebut dilaksanakan mengikut sistem perundangan yang betul dan Pas sedia menunggu untuk tempoh yang lama asalkan ia dapat dilaksana dengan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan: