Polis rampas 120 bungkus air ketum

Polis merampas 120 bungkus air ketum di sebuah bangsal dan turut menahan seorang lelaki, petang semalam.
Polis merampas 120 bungkus air ketum di sebuah bangsal dan turut menahan seorang lelaki, petang semalam.
A
A
A

KEPALA BATAS - Polis merampas 120 bungkus air ketum daripada seorang lelaki di hadapan bangsaL tidak bernombor di kawasan Pantai Bersih, Butterworth, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada jam 6 petang.

Menurutnya, air ketum yang bernilai RM600 itu dipercayai untuk dijual di kawasan tersebut.

"Hasil pemeriksaan, kita menemui 120 bungkus air ketum dengan isipadu 30,000 mililiter di bangsal tersebut. Seorang lelaki ditahan untuk membantu siasatan.

"Ujian saringan air kencing suspek negatif namun dia ditahan reman empat hari sehingga 31 Julai ini untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: