Ahli Parlimen dijangkiti Covid-19, Zimbabwe tangguh Parlimen

Parlimen Zimbabwe - Foto sumber internet
Parlimen Zimbabwe - Foto sumber internet
A
A
A

HARARE - Semua urusan Parlimen Zimbabwe ditangguhkan pada semalam selepas dua ahli Parlimen diuji positif koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Perkara itu diumumkan kerani Parlimen Kennedy Chokuda.

Beliau berkata, pemandu bas yang membawa kumpulan ahli Parlimen dan seorang wartawan yang turut serta dalam rombongan itu juga didapati positif.

Chokuda berkata, sidang Parlimen pada hari ini akan dilangsungkan dengan jumlah anggota yang sangat terhad.

Zimbabwe mencatatkan 2,512 kes positif Covid-19 termasuk 34 kematian. - Bernama

Artikel Berkaitan: