Johor Bahru catat 19 kes kematian akibat denggi

Adib Azhari (tengah) menyerahkan cenderamata kepada Timbalan Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan selepas menandatangani MoU antara MBJB, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Bangunan MBJB, Johor Baharu, hari ini.
Adib Azhari (tengah) menyerahkan cenderamata kepada Timbalan Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan selepas menandatangani MoU antara MBJB, polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor di Bangunan MBJB, Johor Baharu, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 5,049 kes denggi dicatatkan di sekitar daerah ini dari Januari tahun ini hingga 18 Julai lalu.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Adib Azhari Daud berkata, daripada jumlah itu, 2,593 kes atau 51 peratus dicatatkan dalam kawasan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

"Lebih mendukacitakan apabila 11 kes kematian disebabkan denggi telah dilaporkan dalam kawasan MBJB iaitu 58 peratus daripada jumlah keseluruhan 19 kes kematian yang dicatatkan di Johor Bahru.

"Tanpa kita sedar, jumlah kes kematian disebabkan denggi dalam negeri Johor iaitu 23 kes, adalah lebih tinggi daripada angka kes kematian yang disebabkan koronavirus (Covid-19) iaitu 21 kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Penuh MBJB Bilangan-5 Tahun 2020 di Dewan Inai, Bangunan MBJB di sini hari ini.

Katanya, terkini terdapat satu lokaliti wabak tidak terkawal di Kampung Stulang Baru dan 53 lokaliti wabak terkawal dalam kawasan MBJB.

Susulan itu katanya, MBJB menjalankan kerja-kerja kawalan denggi dengan mengeluarkan sebanyak 69 kompaun, melakukan aktiviti semburan kabus merangkumi 91,537 tempat termasuk kediaman.

Selain itu katanya, pihak MBJB menjalankan 3,022 aktiviti meletakkan ubat dan mengadakan 262 kempen kesedaran denggi.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama katanya, sebanyak 19 program gotong royong Cari dan Musnah (SND) dijalankan di zon-zon Ahli Majlis sehingga 18 Julai lalu.

Menurutnya, selepas ini MBJB akan menjalankan program SND pada hari bekerja dari masa ke masa dengan melibatkan anggota dan pegawainya di lokaliti-lokaliti yang dikenal pasti.

"Saya memohon semua Ahli Majlis dapat membantu mewujudkan kesedaran warga bandar raya mengenai pentingnya menjaga kebersihan dan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes selain mengadakan program-program gotong-royong di zon masing-masing," katanya.