X

Kindly register in order to view this article
!

Hsien Loong angkat sumpah Perdana Menteri Singapura

Lee Hsien Loong
A
A

SINGAPURA - Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Lee Hsien Loong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Singapura dalam satu upacara mengangkat sumpah di Istana hari ini.

Upacara itu berlangsung di hadapan Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Lee Hsien Loong, 68, mengumumkan barisan Kabinet baharunya pada 25 Julai selepas parti diterajui beliau, PAP mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum republik itu pada 10 Julai lalu.

Pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya umum keempat Hsien Loong bertanding.

Heng Swee Keat kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta menggalas tanggungjawab tambahan selaku Menteri Penyelaras bagi Dasar-dasar Ekonomi.

Dua menteri kanan Teo Chee Hean dan Tharman Shanmugaratnam masing-masing kekal sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara dan Menteri Penyelaras Dasar-dasar Sosial.

Dalam Kabinet baharu, terdapat 37 pemegang jawatan kesemuanya, sama seperti barisan 2015, termasuk Menteri Negara dan Setiausaha Parlimen.

Selain daripada Pejabat Perdana Menteri, ada 15 kementerian lain.

Masagos Zulkifly, Indranee Rajah, Grace Fu, Lawrence Wong, Ong Ye Kung, Desmond Lee mendapat portfolio baharu sementara Dr Maliki Osman dan Edwin Tong dinaikkan pangkat sebagai menteri.

Manakala, Chan Chun Sing, S Iswaran, Ng Eng Hen, Vivian Balakrishnan, K Shanmugam, Gan Kim Yong dan Josephine Teo masing-masing kekal sebagai menteri dengan portfolio sebelum ini.

PAP yang diterajui Hsien Loong memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen yang dipertandingkan. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!