X

Kindly register in order to view this article
!

Duta AS akhirnya cukur misai kontroversi

Duta Amerika Syarikat ke Korea Selatan, Harry Harris ketika memiliki misai dan selepas mencukur misainya. - Foto AFP dan Yonhap
A
A

SEOUL - Misai paling kontroversi milik Duta Amerika Syarikat (AS) ke Korea Selatan, Harry Harris telah dicukur di sebuah kedai gunting rambut beberapa bulan lalu selepas ia menjadi kritikan yang luar biasa.

Ibunya ialah seorang wanita Jepun manakala warga Korea Selatan pula ketika ini masih marah dengan Jepun kerana ia pernah menjajah negara tersebut pada tahun 1910 hingga 1945.

Sebelum ini, beberapa pengkritik mendakwa misai tersebut seolah-olah seperti fesyen pada zaman pemerintahan gabenor jeneral diraja Jepun.

Pada Januari lalu, Harris dilaporkan berkata, misai tersebut adalah masalah peribadinya.

Katanya, pengkritik-pengkritiknya pula telah 'memetik cerita sejarah' berhubung dengan misai tersebut.

Sementara itu, pada hujung minggu lalu, beliau memuat naik sebuah video di sebuah laman sosial yang menunjukkan misainya sedang dicukur di sebuah kedai gunting rambut kerana mahu berasa sejuk ketika musim panas di Seoul.

"Saya berasa gembira melakukan ini (mencukur misai)," kata kenyataannya menerusi Twitter. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!