X

Kindly register in order to view this article
!

KK Super Mart buka outlet ke-450

KK Chai bersama Anwar pada majlis pembukaan KK Super Mart ke-450 di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.
A
A

RANGKAIAN kedai serbaneka 24 jam KK Super Mart mengembangkan lagi perniagaannya dengan membuka outlet baharunya yang ke-450 di Negeri Sembilan.

Outlet yang terletak di Batu 4 itu merupakan outlet ke-3 KK Super Mart di Port Dickson selepas dua outlet sebelumnya masing-masing terletak di Pantai Batu 7 dan Lukut dibuka pada 2018 dan 2019.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, beliau memilih Port Dickson kerana kawasan berkenaan pesat membangun di samping mempunyai akses jalan raya yang baik. “Kami akan membuka lebih banyak outlet di sini agar memberi kemudahan kepada pelancong sama ada tempatan mahupun luar negara,” katanya pada majlis pembukaan outlet KK Super Mart ke-450 di Batu 4, Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu lepas.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan KK dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa.

Pembukaan outlet berkenaan sejajar dengan komitmen KK Super Mart yang menyasarkan untuk memiliki 500 outlet menjelang 2020.

Dalam pada itu, KK Chai berkata, pihaknya turut merancang menjadikan Port Dickson sebagai lokasi strategik KK Super Mart mengembangkan perniagaannya dengan membuka sebuah lagi outlet baharu di Batu 7 pada bulan Ogos ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!