MEDAC, Jakim jalin kerjasama tingkat ekonomi ummah

Wan Junaidi (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara MEDAC dan Jakim di Ibu kota kelmarin.
Wan Junaidi (dua dari kanan) menyerahkan cenderahati kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri pada majlis pemeteraian kerjasama strategik antara MEDAC dan Jakim di Ibu kota kelmarin.
A
A
A

PENUBUHAN koperasi kariah masjid baharu dan pemulihan koperasi tidak aktif serta dorman akan dilaksanakan dalam pemantapan koperasi dan pembangunan usahawan untuk meningkatkan aktiviti ekonomi ummah, kata Menteri Pembangunan usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, inisiatif tersebut adalah antara agenda kerjasama strategik yang dijalinkan antara MEDAC dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membangunkan ekonomi kariah masjid.

Menurutnya, berdasarkan rekod pendaftaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), terdapat 446 buah koperasi kariah masjid yang didaftarkan dengan keahlian seramai 30,515 sehingga Disember 2019.

Katanya, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 300 buah koperasi adalah aktif, 69 koperasi tidak aktif dan 77 koperasi bersifat dorman.

Jelasnya, ia menunjukkan gerakan koperasi kariah masjid mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan.

Koperasi kariah masjid yang tidak aktif dan dorman perlu dibantu untuk dipulihkan dan diperkenalkan kepada aktiviti perniagaan yang berpotensi bagi memacu keyakinan kariah di samping menyumbang kepada pendapatan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Wan Junaidi berkata, penubuhan koperasi kariah masjid dengan keahlian minima seramai 50 orang dan terbuka kepada masyarakat setempat merupakan satu inisiatif untuk membangunkan ekonomi kariah masjid melalui aktiviti perniagaan serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada ahli kariah.

Justeru, beliau berharap kerjasama dijalinkan itu mendapat kerjasama agensi di bawah MEDAC dan Jakim serta exco agama negeri di seluruh negara.

Artikel Berkaitan: