Lelaki mengamuk tumbuk muka anjing

No Image Caption
A
A
A

LONDON - Manusia sepatutnya menyayangi haiwan dan tidak menzaliminya kerana ia juga makhluk Tuhan.

Bagaimanapun, seorang lelaki bertindak di luar batasan apabila dia sanggup menumbuk muka seekor anjing tiga kali baru-baru ini.

Menurut portal berita Metro.co.uk pada 25 Julai lalu, kejadian tersebut yang disaksikan oleh orang ramai dilaporkan berlaku di Doncaster, Selatan Yorkshire, England.

Kejadian itu turut dirakamkan menerusi kamera video sebelum ia disebarkan melalui media sosial.

Lelaki berkenaan yang memakai baju dan seluar panjang putih menarik kolar anjing pada leher binatang tersebut sebelum menumbuk sebanyak tiga kali pada muka haiwan itu.

Orang ramai yang berada berdekatan haiwan itu juga menyaksikan kejadian tersebut.

Seorang lelaki yang tidak memakai baju dilihat cuba menenteramkan lelaki berkenaan ketika dia menarik haiwan tersebut ke arah basikalnya.

Rakaman video itu dimuat naik oleh pertubuhan CrimeLDN di Twitter sekali gus disebarkan melalui media sosial.

Artikel Berkaitan:

Pada Ahad lalu, polis Yorkshire Selatan menyatakan seorang pemuda dari Doncaster yang berusia 25 tahun ditangkap berhubung kejadian itu.

Polis juga menyatakan ia kini mencari saksi-saksi yang melihat kejadian tersebut bagi membantu siasatan. - Agensi