X

Kindly register in order to view this article
!

India haramkan 47 lagi aplikasi China

Antara aplikasi yang diharamkan itu termasuk TikTok Lite, Helo Lite, SHAREit Lite, BIGO LIVE Lite dan VFY Lite.
A
A

NEW DELHI - Kerajaan India hari ini mengharamkan 47 lagi aplikasi yang dibangunkan oleh negara China atas faktor keselamatan dan privasi.

Menurut laporan India Today, Kementerian Elektronik dan Teknologi Maklumat telah melarang aplikasi yang merupakan klon kepada 59 aplikasi yang telah disekat pada bulan lalu.

Kesemua aplikasi yang diharamkan itu termasuk TikTok Lite, Helo Lite, SHAREit Lite, BIGO LIVE Lite dan VFY Lite.

India juga telah menyiapkan senarai lebih daripada 250 aplikasi China termasuk aplikasi yang menghubungkan ke platform e-dagang Alibaba, yang akan diperiksa atas kesalahan pelanggaran privasi pengguna atau keselamatan negara.

Selain itu, beberapa aplikasi permainan terkemuka China juga dijangka diharamkan dalam senarai baharu yang sedang dibuat.

Keputusan itu dilaksanakan selepas larangan berprofil tinggi terhadap 59 aplikasi termasuk TikTok susulan ketegangan di sempadan India-China yang berlanjutan di Ladakh. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!