X

Kindly register in order to view this article
!

'Keputusan ADUN DAP berhenti mengejutkan'

King Wei
A
A

KUCHING - Pengumuman peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei daripada DAP telah mengejutkan ramai pihak, namun ia juga sesuatu yang perlu difikirkan tentang cara parti itu menangani perbezaan pendapat.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, beliau bersetuju dengan dakwaan King Wei bahawa DAP menggunakan politik untuk melancarkan serangan walaupun mereka menjadi sebahagian daripada pemerintah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“YB Wong (King Wei) meminta kita untuk berfikir dengan menyuarakan kekecewaannya atas keengganan DAP untuk mendengar suara yang tidak berpuas hati dengan parti itu,” katanya dalam kenyataan.

Kelmarin, King Wei mengumumkan keluar daripada parti DAP dan mendakwa beliau muak dengan politik dalaman parti yang bertujuan mencari survival menyimpang daripada perjuangan.

King Wei yang menang kerusi Padungan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 pada tahun 2016 berkata, semasa pemerintahan 22 bulan di bawah PH, apa yang dikatakan di hadapan rakyat dan apa yang DAP janjikan kepada rakyat hanyalah sia-sia.

Beliau berkata, ketika DAP sebagai pembangkang, mereka telah melancarkan banyak serangan politik dan terus melakukannya ketika mereka menjadi sebahagian daripada gabungan pemerintah.

“Politik Sarawak memerlukan tindakan positif untuk melihat negeri Sarawak terus melangkah ke hadapan,” katanya.

Memandangkan terpilih sebagai ADUN Padungan di bawah tiket DAP, King Wei berkata, beliau akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat DAP untuk kawasan itu sehingga tempohnya berakhir. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!