Ujian saringan Covid-19 terhadap penumpang transit

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk melakukan ujian saringan koronavirus (Covid-19) terhadap penumpang penerbangan yang transit di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perbincangan akan diadakan KKM dengan syarikat penerbangan.

"Kita melihat saringan Covid-19 kepada penumpang pesawat yang transit sebagai keperluan," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan itu bagi mencegah penularan Covid-19 dalam kalangan penumpang lain.

"Kalau laksanakannya, kita boleh mencegah kes positif. Kos tidak ditanggung oleh KKM tetapi akan dibiayai penumpang sendiri," kata beliau lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai sekatan sementara penerbangan dari Malaysia oleh Kemboja berikutan 55 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia dari Indonesia disahkan positif Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata, kesemua penumpang yang positif itu hanya transit dari negara ini.

"Mereka bukan menaiki penerbangan dari Malaysia tetapi hanya transit di sini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam, portal The Cambodia Daily melaporkan larangan bersifat sementara itu berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Turut dihalang memasuki negara itu adalah penerbangan dari Indonesia.

Setakat ini, negara itu merekodkan jumlah keseluruhan 225 kes, dengan 143 pesakit pulih dan 82 orang masih dirawat di hospital.