Dua suspek simbah cat berjaya ditahan

Untitled
Untitled
A
A
A

SEREMBAN - Dua lelaki ditahan di susur keluar Tol Mambau di sini, semalam, selepas dipercayai terlibat dengan kes menyimbah cat rumah individu yang meminjam wang dengan ah long.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, selepas disoal siasat, suspek mengaku terlibat dalam perbuatan menyimbah cat ke atas sebuah rumah di Taman Mutiara di Sri Rusa, Port Dickson dan di beberapa negeri lain.

"Polis yang ketika itu membuat sekatan jalan raya Ops Benteng Covid-19 mendapati kereta dinaiki suspek merupakan kenderaan curi yang bersabit dengan kes pecah rumah di Kulai, Johor.

"Hasil pemeriksaan pada kenderaan itu juga menemui barang-barang yang disyaki digunakan untuk kerja menyimbah cat di rumah peminjam wang seperti botol mineral mengandungi cecair merah disyaki cat, tong aluminium, satu corong plastik berwarna merah dan satu botol kaca disyaki cecair 'thinner'. Suspek kini dihantar ke Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kulai, Johor untuk siasatan kes mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Tambah beliau, polis juga menemui rakaman video berkenaan aktiviti menyimbah cat di rumah peminjamdalam telefon bimbit suspek berusia 25 dan 35 tahun itu.

Artikel Berkaitan: