Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi 100,000

Sebanyak 57 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Indonesia akibat Covid-19 seramai 4,838 orang.
Sebanyak 57 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian di Indonesia akibat Covid-19 seramai 4,838 orang.
A
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini mencecah 100,303 kes, pertambahan sebanyak 1,525 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, www.covid19.go.id, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 57 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,838 orang.

Ia turut menyatakan seramai 58,173 pesakit daripada 100,303 kes yang positif virus itu telah sembuh manakala 54,910 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 20,812 kes, diikuti Jakarta (19,592) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,608 orang diikuti Jakarta (769), Jawa Tengah (574), Sulawesi Selatan (307) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Artikel Berkaitan: