Nur Jazlan tegur etika laporan portal berita

Nur Jazlan
Nur Jazlan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menegur segelintir portal berita picisan yang tidak beretika dan profesional ketika menyiarkan berita.

Tegas beliau, tindakan memanipulasi dan mengubah fakta berita dari sumber sahih demi mensensasikan portal milik mereka adalah amat tidak bertanggungjawab.

"Tidak salah untuk memetik berita dari sumber portal lain yang sahih tapi jadi satu kesalahan bila tajuk berita itu tiada kaitan dengan isi kandungan laporan. Cara itu tidak betul dan tak beretika.

"Kalau mahukan sebarang kenyataan daripada saya, terus saja hubungi saya. Saya sentiasa terbuka untuk menjawab soalan.

"Jangan buat kerja mudah, petik dari sumber portal berita lain dan ubah fakta berita asal ikut kehendak sendiri," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurut Nur Jazlan lagi, beliau meraikan kepelbagaian portal berita yang wujud di negara ini namun biarlah laporan berita mereka beretika dan berintegriti.

Artikel Berkaitan: