4,000 kilogram barangan terpakai berjaya dikumpul

Andansura (empat dari kiri) turut sama menyertai program Trash To Cash di kawasan Beserah.
Andansura (empat dari kiri) turut sama menyertai program Trash To Cash di kawasan Beserah.
A
A
A

KUANTAN - Program Pembelian Barangan Kitar Semula (Trash To Cash) kawasan Beserah di sini berjaya mengumpulkan sehingga 4,292 kilogram barangan terpakai dan kitar semula.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu berkata, program anjuran Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) itu merupakan satu inisiatif murni dan terbaik dalam menggalakkan orang awam mengutamakan kebersihan.

"Trash to Cash mendapat kerjasama daripada pihak Majlis Perbandaran Kuantan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan, Pejabat Perpaduan Daerah Kuantan, Jabatan Penerangan Negeri Pahang, Alam Flora Sdn Bhd, KRT Chengal Lempong Utama, KRT Taman Balok Jaya 2, KRT Idaman Bayu dan vendor kitar semula yang komited menjayakan program ini.

"Dalam tempoh sehari, jumlah berat mengikut kategori barang dapat dikumpulkan ialah 1859 kilogram (kg) manakala jumlah berat keseluruhan ialah 4292.50kg.

"Trash to cash mendidik masyarakat untuk selalu mengamalkan pembersihan rumah selain mengitar semula barangan terpakai dan memperoleh pendapatan sampingan," katanya.

Beliau turut bersama sama turun padang menyertai Program Trash to Cash Siri 9 2020 yang telah diadakan Sabtu lalu di Taman Balok Baru dan Taman Balok Jaya 2.

Artikel Berkaitan: