X

Kindly register in order to view this article
!

120 kes baharu Covid-19 pada minggu epid ke-30

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 120 kes baharu koronavirus (Covid-19) pada minggu epid ke-30 iaitu dari 19 hingga 25 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan kes tertinggi iaitu 48 kes dan diikuti Johor 29 kes serta 19 kes di Selangor.

"KKM telah menghantar pasukan kesihatan yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) ke negeri Sarawak pada 23 Julai lalu.

"Pasukan itu meninjau dan memberikan pandangan mengenai situasi penularan serta pengurusan jangkitan Covid-19 di negeri itu," katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai jabatan terlibat dalam pasukan tersebut antaranya Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pakar Perubatan Patologi.

"Mereka bekerjasama rapat dengan pasukan pelbagai disiplin di Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak tujuh kes positif dilaporkan setakat jam 12 tengah hari ini.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif adalah 8,904 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 179 kes," katanya.

Menurutnya, daripada tujuh kes baharu, empat kes mendapat jangkitan dari luar negara dan tiga penularan dalam negara.

"Tiga kes penularan tempatan dikesan di Sabah melibatkan dua kes saringan pra pembedahan dan satu kes yang dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas.

"Tiada pesakit Covid-19 dirawat di unit rawatan rapi, namun terdapat satu kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini," katanya.

Katanya, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan dan ia kekal 124 kes.

"Jumlah kumulatif kes adalah 8,601 kes iaitu bersamaan 96.6 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!