Arab Saudi sedia platform liputan haji 2020 secara maya

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan 1,000 jemaah menunaikan haji musim ini berbanding 2.5 juta tahun lalu. - Foto Saudi Press Agency
Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan 1,000 jemaah menunaikan haji musim ini berbanding 2.5 juta tahun lalu. - Foto Saudi Press Agency
A
A
A

KUALA LUMPUR - Meskipun wartawan tidak berpeluang membuat liputan musim haji tahun ini secara fizikal disebabkan penularan pandemik koronavirus (Covid-19), mereka masih berkesempatan melakukannya secara maya menerusi 'Hajj Virtual Press Office' yang dilancarkan Kementerian Media Arab Saudi pada Sabtu.

Menerusi kenyataan di laman web hajj.media.gov.sa kementerian berkenaan berkata, perkhidmatan digital canggih itu boleh didapati dalam dua bahasa iaitu Arab dan Inggeris untuk memastikan perkhidmatan terbaik kepada media tempatan dan antarabangsa.

"Perkhidmatan itu membolehkan wartawan menerima fail utama, bahan dan komen, menjawab pertanyaan media, temu ramah pegawai dan pihak berkepentingan serta menghadiri dan mengambil bahagian dalam sidang media secara langsung," katanya.

Wartawan tempatan dan antarabangsa juga boleh mengemukakan permintaan untuk mendapatkan perkhidmatan eksklusif seperti gambar berkualiti tinggi atau video khas.

Wartawan dan masyarakat umum berpeluang melihat kandungan media yang dikhaskan untuk orang ramai, tambah kenyataan itu.

Musim Haji 2020 diadakan di tengah-tengah kesihatan global yang luar biasa disebabkan Covid-19.

Menurut laporan tersebut, hanya kira-kira 1,000 jemaah dibenarkan menunaikan haji tahun ini berbanding 2.5 juta tahun lalu.

Ibadah haji pada tahun ini terhad kepada warga dan penduduk di Arab Saudi yang memenuhi syarat ditetapkan dan sudah menjalani prosedur kuarantin untuk memastikan tahap kesihatan jemaah.

Artikel Berkaitan:

Jemaah haji 2020 merangkumi 160 warganegara. - Bernama