Mangsa kebakaran tak henti laung azan

Adani (kanan) membawa Mujibur Rahman melawat dapur rumah yang terbakar.
Adani (kanan) membawa Mujibur Rahman melawat dapur rumah yang terbakar.
A
A
A

MARAN - Seorang warga emas bertindak berani memadamkan api menggunakan air kolah dan tidak henti melaungkan azan ketika kediamannya terbakar di Chenor di sini semalam.

Muhamod Adani Abd Kadir, 62, dari Kampung Rumah Pemulihan Selepas Banjir (RPSB) Chenor 2 berkata, api marak dan asap yang mula memenuhi ruang rumah, namun dia dan anak-anak berusaha memadamkannya dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang.

"Hampir sejam cuba padam api akhirnya berjaya. Saya bersyukur kepada Allah kerana kebakaran tidak merebak keseluruhan rumah dan tiada kemalangan jiwa berlaku.

"Cuma saya kerugian ribuan ringgit kerana bahagian dapur rumah terbakar. Periuk belanga lebih kurang 20 buah musnah," katanya.

Mujibur Rahman (tengah) mengunjungi keluarga Adani (kanan) dan menyampaikan sedikit sumbangan,
Mujibur Rahman (tengah) mengunjungi keluarga Adani (kanan) dan menyampaikan sedikit sumbangan,

Pesara itu berkata, kebakaran disedari seorang anaknya yang melihat api menjulang di bahagian belakang rumah.

Petang semalam, Muhamod Adani melahirkan rasa bersyukur kerana nasibnya mendapat perhatian wakil rakyat apabila beliau menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mujibur Rahman Ishak.

Artikel Berkaitan: