Pakai topi keledar NASA untuk lindungi kulit

Fatima menggunakan topi keledar NASA untuk melindungi kulitnya daripada sinaran matahari. - Foto Daily Mail
Fatima menggunakan topi keledar NASA untuk melindungi kulitnya daripada sinaran matahari. - Foto Daily Mail
A
A
A

MOHAMMEDIA - Seorang wanita yang mengalami penyakit genetik dan tidak boleh terkena sinaran UV mendedahkan terpaksa memakai topi keledar Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk melindungi kulitnya daripada sinaran cahaya matahari sejak 20 tahun.

Fatima Ghazaoui, 28, dari Mohammedia, Morocco, didiagnosis mengalami penyakit Xeroderma pigmentosum iaitu berkaitan kulit setelah ibu bapanya mengalami masalah yang sama, lapor Daily Mail.

Penyakit genetik ini peka kepada sinaran matahari terutama terhadap sinar ultraviolet.

Ia berlaku kerana mutasi enzim yang menyebabkan kulit tidak dapat sembuh sendiri akibat terdedah kepada sinaran ultraviolet sekali gus mengakibatkan seseorang cenderung menghidap kanser kulit dan mata.

Fatima tidak keluar pada siang hari selama lebih dari 20 tahun dan perlu memakai pelindung setiap hari iaitu topi keledar NASA, sarung tangan. - Foto Daily Mail
Fatima tidak keluar pada siang hari selama lebih dari 20 tahun dan perlu memakai pelindung setiap hari iaitu topi keledar NASA, sarung tangan. - Foto Daily Mail

Fatima tidak keluar pada siang hari selama lebih dari 20 tahun dan perlu memakai pelindung setiap hari iaitu topi keledar NASA, sarung tangan dan kebiasaannya rutin harian bermula pada waktu malam.

"Saya jarang keluar pada waktu siang tetapi jika perlu saya memakai topi keledar NASA dan sarung tangan untuk melindungi diri saya daripada sinaran matahari.

"Hari saya berbeza dengan orang lain, saya menghabiskan sepanjang hari di dalam rumah dan saya akan keluar pada waktu malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kulitnya mudah terbakar dan menanggung derita selain kulitnya menunjukkan penuaan yang ketara.

"Penyakit itu dikesan ketika usia dua tahun dan doktor mengesahkan saya didiagnosis penyakit Xeroderma pigmentosum," katanya.