X

Kindly register in order to view this article
!

4,225 ditahan sepanjang PKP, PKPB dan PKPP di Johor

Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 4,225 individu di Johor ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, daripada jumlah itu seramai 3,552 individu dituduh di mahkamah kerana melanggar prosedur operasi standard ( SOP).

"Jumlah tangkapan sepanjang PKPP sehingga semalam, seramai 24 individu. Manakala seramai 74 individu dikompaun bagi tempoh sama.

"Bagi jumlah keseluruhan individu yang dikompaun semasa PKPB pada 24 Mei hingga PKPP semalam, adalah seramai 630 orang," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menegaskan terdapat 203 pasukan pemantau dengan kekuatan seramai 1,511 anggota yang 1,372 terdiri daripada anggota polis manakala selebihnya merupakan anggota Rela, Angkatan Pertahanan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak berkuasa tempatan serta lain- lain.

"Sebanyak 2,950 buah premis dan kenderaan diperiksa pasukan pemantau terdiri dari premis/kilang(1,649), terminal pengangkutan awam (49), pasar awam (35), tempat ibadah ( 275), tempat riadah ( 43), tempat pembinaan ( 5) dan pemeriksaan kenderaan (898).

"Bagi menangai kemasukan pendatang asing tanpa izin ( PATI) sebanyak 18 lokasi sekatan jalan raya telah diadakan di seluruh negeri dengan kekuatan 231 pegawai dan anggota manakala 9,092 kenderaan diperiksa," katanya.

Beliau turut meminta orang awam mematuhi SOP ditetapkan dengan menjaga jarak serta memakai pelitup muka serta menghindari tempat- tempat tumpuan ramai.

"Tindakan tegas akan diambil polis termasuk melakukan tangkapan sekiranya orang ramai masih ingkar dan tidak mematuhi SOP," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!