Datuk K kekal terajui Bersatu Pasir Puteh

Kamarudin Md Nor
Kamarudin Md Nor
A
A
A

PASIR PUTEH - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor menepati ramalan apabila berjaya mengekalkan kedudukanya sebagai Ketua Bahagian Pasir Puteh.

Pada pemilihan pucuk pimpinan Bersatu Pasir Puteh yang berlangsung semalam, Kamarudin atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K berjaya menewaskan dua pencabarnya iaitu Kapten (B) Wan Marzudi Wan Omar dan Ghani Hussin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Bahagian Bachok, Wan Jusoh Wan Semail yang mengendalikan sesi itu berkata, Kamarudin diumumkan sebagai pemenang selepas mendapat 680 undi.

"Dua lagi pencabar Datuk K iaitu Wan Marzudi sekadar memperoleh 417 undi dan Ghani Hussin pula 349 undi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, bagi jawatan Timbalan Ketua Bahagian, Ab Rahman Yaacob memperoleh undian sebanyak 634 berjaya menewaskan dua pencabarnya Aminuddin Yahya (414) dan Mohd Lazim Sulaiman (303).

Katanya, untuk jawatan Naib Ketua, Brohanuddin Che Rahim mendapat undian tertinggi sebanyak 645 undian.

"Pemilihan Ketua Armada paling sengit apabila Muhammad Syazwan Che Rahim menang satu undi untuk menumbangkan lawannya, Mohd Firdaus Mohamad iaitu 52 berbalas 51.

"Rusnani Ideris pula dipilih sebagai Ketua Srikandi sementara Siti Ruby Azuan Kedah Naib Ketua Srikandi," katanya.

Artikel Berkaitan: